-->
skip to main | skip to sidebar
Dairy Of Me

Friday, 19 August 2011

Selamat Tinggal Ramadhan


SELAMAT Tinggal Ramadhan, menuju hari raya. Apa rasa kita? Saya.. anda.. Gembira atau sedih berpisah dengan Ramadhan tahun ini? Kalau umur panjang boleh jumpa Ramadhan lagi..
Dalam Islam, sebuah amal bahkan hidup kita akan ditentukan bagaimana kita mengakhirinya. Kita mengenal istilah khusnul khatimah dan juga su'ul khatimah. Rasulullah SAW pernah menegaskan, bahawa setiap amal itu sangat tergantung bagaimana kita mengakhirinya.


Bagaimana kita mengakhiri ramadhan? 

Ini adalah penting dan menjadi indikasi bagaimana kualiti Ramadhan kita kali ini. Barangsiapa telah berbuat baik di bulan Ramadhan hendaklah menyempurnakan kebaikannya, dan barangsiapa berbuat jahat hendaklah ia bertaubat dan menjalankan kebaikan pada sisa-sisa umurnya. Barangkali kita tidak jumpai lagi hari-hari Ramadhan setelah tahun ini.

Maka hendaklah diakhiri dengan kebaikan dan sentiasa melanjutkan perbuatan baik yang telah dilakukan di bulan Ramadhan lain. Kerana Rabb yang memiliki bulan-bulan itu hanyalah satu, dan Dia mengawasi kita dan menyaksikan kita. Dia memerintahkan kita untuk taat sepanjang hayat.

Ada salahfaham pada umat yang ‘menyembah’ Ramadhan, bukan menyembah Allah SWT. Ertinya, di bulan Ramadhan dia begitu ta’at dan memenuhi seluruh perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Tetapi, selepas Ramadhan, sudah tidak lagi.

"Seburuk-buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah kecuali di bulan Ramadhan," kata sebahagian ulama salaf mengenai kaum itu.

Jadi, sesiapa yang menyembah Ramadhan, Ramadhan ini akan habis dan pergi. Tetapi sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu Maha Hidup, tidak mati. Maka teruskanlah beribadah setiap waktu dan seluruh bulan, tidak hanya Ramadhan.

Orang mukmin bergembira dengan selesainya Ramadhan kerana telah memanfaatkan bulan itu untuk ibadah, taat, mengharap pahala dan keutamaannya. Sedang orang munafik bergembira bila selesai bulan itu, kerana akan berangkat untuk bermaksiat dan mengikuti syahwat yang selama Ramadhan itu telah terkongkong.


Jadi, orang mukmin melanjutkan kegiatan setelah bulan Ramadhan dengan istighfar, takbir dan ibadah, namun orang munafik melanjutknya dengan maksiat-maksiat, hura-hura, pesta-pesta muzik dan nyanyian, kerana gembira dengan berpisahnya Ramadhan dari mereka. Ramadhan, setelah berpuasa sebulan, kini ditutupi dengan solat hari raya Aidilfiri dan bayar zakat fitrah. Sebagaimana Allah mensyari’atkan sholat AidilAdha sebagai tanda syukur kepadaNya atas penunaian kewajiban ibadah haji.

Keduanya adalah Hari Raya Islam. Telah diriwayatkan secara sahih dari Nabi SAW, bahawa beliau ketika datang di Madinah penduduknya mempunyai dua hari yang mereka itu bermain-main di hari itu, beliau bersabda, “Sungguh Allah telah mengganti untuk kamu dua hari tersebut dengan yang lebih baik dari keduanya, (yaitu) hari (raya) kurban dan hari (raya) fitri.”

Maka tidak boleh menambahi dua hari raya ini dengan mengadakan hari-hari raya baru yang lain. Hari raya dalam Islam itu disebut ‘ied, ertinya 'kembali'. Dia itu kembali dan berulang-ulang lagi setiap tahun membawa kegembiraan dan kesenangan. Kurnia yang telah Allah mudahkan berupa pelaksanaan ibadah puasa dan haji, yang keduanya itu, ibadah puasa dan haji, adalah termasuk rukun Islam.

Bukan sahaja lelaki, bahkan Nabi SAW juga telah memerintahkan muslimah-muslimah agar keluar untuk shalat ‘ied atau hari raya. Kaum wanita disunnahkan hadir tanpa pakai wewangian, tidak berpakaian dengan pakaian hias atau menarik perhatian, dan tidak bercampur aduk dengan lelaki. Begitu juga bagi wanita yang sedang haidh, mengikut syaratnya.


Keluar sholat, menampakkan syiar Islam usahakan supaya betul-betul khusyu’, ghaddhul bashar (menjaga pandangan dari yang haram), menjaga lisan dari cakap kosong, porno, dan bohong. Juga jagalah, jangan dengar cakap-cakap mengarut, nyanyian lara, muzik yang melalaikan otak, pesta raya yang hura-hura, dan permainan orang bodoh, walaupun ianya dari media pemerintah, swasta atau lain-lainnya.
Kerana itu Nabi SAW mensyari’atkan ummatnya untuk menyambung puasa Ramadhan dengan puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal. Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan (puasa sunnah) enam hari di bulan Syawwal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.” (HR. Muslim).
Yakni dalam hal pahala dan lipat gandanya. Kerana 1 kebaikan dibalas 10 kaliganda, maka satu bulan Ramadhan dibalas 10 bulan, sedang 6 hari (6x10) di Bulan Syawwal dibalas dua bulan. Jadi seluruh bulan dalam setahun itu seakan-akan dipuasai oleh orang Muslim, apabila ia telah puasa Ramadhan dan kemudian diteruskan dengan 6 hari dari bulan Syawwal (setelah ‘ied). Insya Allah. Wallahu’alam bis showab!


Posted by NuruL AeyNn at 20:28  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Facebook Badge

Nurul AEynn Fauzi

Create Your Badge

This Blog Taken By Me .

This Blog Taken By Me .
Hello Guys ,Assalamualaikum .Selepas view Blog NuruL nie,don't forget follow me also ok .keep in Touch Guys ,bye bye..

Tagboard


Powered by Blogger.
 

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com